Tuesday, September 15, 2009

ElaKan PeRgaDuhAn AnTarA PaSanGan YaAaa..



Pertengkaran kecil, seperti rasa cemburu, kadang kala boleh mewarnai hubungan antara pasangan. Bagaikan api, semasa kecil ia boleh menjadi kawan tetapi apabila terus dibiarkan berlarutan ia sudah tentunya dapat memudaratkan hubungan mesra. Jika tidak dikawal atau tiada yang mahu mengalah, ego dan keangkuhan salah seorang akan menguasai hala tuju pertengkaran dan memberi impak emosi negatif kepada kedua-dua pasangan.

Ada beberapa pedoman lain bagi mengelak pertengkaran remeh-temeh daripada menjadi gunung berapi.

  1. Jauhi daripada mengeluarkan komen atau kata-kata yang menyakitkan hati pasangan. Jauhi daripada mengejek, menyindir atau memberi isyarat bahasa badan yang akan menaikan suhu pasangan.
  2. Jika merasakan pertengkaran itu semakin teruk, cepat-cepat alihkan topik kepada sesuatu yang menggembirakan kedua-dua pihak.
  3. Jauhi sama sekali daripada ingin bertengkar apabila merasakan saat pertengkaran akan berlaku. Katakan anda tidak mahu meneruskan kerana percakaran dialog tidak akan membawa faedah.
  4. Rela memaafkan pasangan jika dia tidak mengotakan janjinya, walaupun dia melakukannya secara sengaja ataupun tidak. Kealpaan kecil ini tidak seharusnya merosakkan hubungan mesra kamu berdua.
  5. Jangan bersikap berdendam walaupun pasangan anda mahu menyakiti hati anda. Sikap berdendam, mahu ‘mengajar’ atau terlalu peka sebenarnya boleh mengapi-apikan rasa marah sehingga ia menjadi tidak terkawal.
  6. Sedarilah bahawa meneruskan pertengkaran itu tidak banyak membawa kebaikan selain daripada melukakan hati masing-masing.
  7. Beranikan diri untuk mengingatkan pasangan semasa saat pertengkaran akan memasuki fasa teruk seperti, “Abang/sayang tak guna kita terus bertengkar lagi. Baik kita lupakan saja dan jangan melakukan perkara yang kita tidak suka ini lagi.”
  8. Sebaik saja pertengaran remeh-temeh bertukar menjadi lebih buruk, salah seorang dengan ikhlas harus terus memeluk pasangan dan menginsafkan diri masing-masing. Pelukan kasih sayang boleh memberi sedikit kelegaan segera dan menyedarkan bahawa tidak ada faedahnya bertikam lidah, menjerit atau membeliakkan mata antara satu sama lain.(bagi yg kawen jerrr tau..heheh)
  9. Jika berlaku pertelingkahan antara pasangan anda, salah seorg perlulah cepat2 minta maaf, elakkan pertelingkahan berpanjangan antara pasangan.

No comments:

Post a Comment