Tuesday, September 15, 2009

PLan HoOnEymOoN anDa...



Mana agaknya destinasi pilihan anda?Jika masih tidak tahu ke mana destinasi percutian yang sesuai untuk honeymoon dlm negara, di sini ada senarai destinasi percutian romantik yang boleh dijadikan pilihan.


Pangkor Laut :


Resort bertaraf lima bintang ini terletak di sebuah pulau persendirian bersebelahan Pulau Pangkor. Menawarkan satu percutian eksklusif tanpa gangguan dari dunia luar. Tambah menarik, anda bersama pasangan boleh menghabiskan masa dengan memanjakan diri di ‘Spa Village’ yang tersedia di sini. Terdapat tujuh jenis penginapan yang boleh anda pilih iaitu Spa Villas, Sea Villas, Beach Villas, Hill Villas, Garden Villas, Suria and Purnama Suites, and Pavarotti Suites. Setiap bilik mempunyai keistimewaan tersendiri. Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila emelkan kepada travelcentre@ytlhotels.com.my.






Pulau Perhentian:


Pulau ini merupakan pulau yang tercantik di Pantai Timur. Airnya jernih bagaikan kristal dan pasirnya pula putih bagaikan kapas. Tidak kira berapa bajet anda, pulau ini mempunyai penginapan yang pelbagai bagi memenuhi keperluan anda. Antaranya Bubu Long Beach, Panorama Chalet, Moonlight Chalet, Perhentian Island Resort dan Coral Island Resort.

Berada di pulau ini bersama insan tersayang pasti meninggalkan memori indah. Siapa yang boleh melupakan saat-saat indah apabila si dia melafazkan kata-kata cinta ketika menyaksikan sang suria di kaki langit? Lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam ialah di Perhentian Kecil. Harga pakej ke pulau ini bermula daripada RM300, bergantung kepada jenis penginapan dan bilik yang diminta. Untuk pakej-pakej menarik anda boleh melayari www.pulauperhentian.com.my.







Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang:


Tidak jauh dari Kuala Lumpur, resort ini sangat sesuai dijadikan destinasi romantik. Berkonsepkan sebuah perkampungan Perancis, resort ini dikelilingi oleh alam semulajadi yang menghijau. Bahkan, cuaca di sini juga dingin kerana ia berada 2,600 kaki dari paras laut.

Sambil bersiar-siar, anda boleh merakam pelbagai memori indah di sekitar resort ini. Jika anda memilih untuk bermalam di sini, anda boleh mendapatkan bilik pada harga yang berpatutan. Lebih baik buat tempahan secara online kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah.

Satu perkara yang mesti dilakukan setelah berada di sini ialah menjalani rawatan spa di Tatami Spa yang terletak di Perkampungan Jepun. Rawatan di sini berbeza dari tempat-tempat lain. Bagaimanapun, pakej rawatan di spa ini agak mahal iaitu di antara RM400 hingga RM990.







Avillion Port Dickson:


Resort ini menawarkan penginapan yang cukup mengagumkan. Resort bertaraf antarabangsa ini terletak di persisiran pantai Port Dickson dan ia menawarkan penginapan jenis chalet. Setiap chalet adalah berbeza tetapi semuanya mempunyai pemandangan laut yang cukup indah. Sambil berehat bersama pasangan, anda boleh menikmati keindahan pantai yang memukau.

Sempena Hari Kekasih nanti, Avillion menawarkan satu pakej istimewa yang berharga daripada RM880++. Dengan mengambil pakej ini anda dan pasangan akan mendapat penginapan semalam, sarapan pagi, makan malam romantik, dan urutan badan selama sejam. Pakej ini hanya sah untuk daftar masuk pada 14 Februari sahaja. Untuk tempahan, hubungi talian percuma 1800-88-8550.







Cameron Highlands:


Cameron Highlands yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur merupakan destinasi percutian tanah tinggi yang cukup ideal untuk anda berehat sambil menjamu mata dengan pemandangan yang cukup indah! Terletak setinggi 1,524 meter di atas paras laut, percutian ke Cameron Highlands boleh menjadi cukup romantik jika anda bijak merancang.

Sebaiknya pilihlah hotel atau resort yang menawarkan bilik penginapan yang mempunyai pemandangan indah. Selain itu, hotel yang mempunyai pelbagai kemudahan juga memainkan peranan. Sy cadangkan anda menginap di The Smokehouse Hotel & Restaurant. Hotel ala Inggeris ini mempunyai lanskap yang cantik. Sambil menikmati hidangan minum petang, anda boleh menghirup udara yang cukup segar. Teh dan skon di sini juga lazat.

Bagi mengisi masa lapang, banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Ladang teh dan strawberi merupakan tarikan populari di sini. Boleh makan strawberi bersalut coklat banyak-banyak di sini! Layari www.cameronhighlands.com untuk maklumat lanjut.




No comments:

Post a Comment